Sunday 30 April 2017

Perjalanan Ke Kota Suci

Perjalanan Ke Kota  Suci

Alhamdulillah Allah beri jua rezeki dan kesempatan dalam kesibukan kerja untuk menjadi tetamuNya.

sungguhpun perjalanan ini jauh namun aku bertawakal pasti Allah akan permudahkan ibadah ini. Walaupun dengan kerusi roda aku yakin Allah pasti bantu dan beri jalan untuk kulaksanakan ibadah ini.

Ramai juga rakan-rakan yang berkerusi roda kulihat berkongsi di laman muka buku tentang ibdah umrah mereka walaupun tidak dikongsikan secara terperinci cabaran dan perjalanan umrah itu bagaimana aku nekad.

sebelum melaksanakan umrah aku agak risau berkaitan urusan visa kerana umur yang masih belum cukup untuk bermusafir tanpa mahram; ini mengimbau kisah lalu semasa arwah suami masih hidup kami merancang untuk melaksanakan umrah bersama namun Allah lebih sayangkannya, redhalah aku melaksanakan umrah ini bersama abang kandung dan isteri serta anak sulungnya bersama jemaah Al Quds bertolak dari Kota Kinabalu, syukurlah sehingga saat akhir aku dikurniakan rezeki jua.

perjalanan ke kota suci bermula dengan ziarah ke Dubai dengan menaiki Royal Brunei Airlines drp KK ke Dubai ke Jeddah seterusnya ke Madinah mengunjungi Masjid Nabawi, menikmati indahnya "Rawdah" , menghayati indahnya ibadah sepanjang masa dengan rezeki Hotel yang sangat hampir dengan Masjid Baginda, berkesempatan melewati tanah perkuburan ahlil bait'...usahlah risau semua kemudahan laluan kerusi roda memang ada , air zam-zam dan kemudahan wudhu ada dimana-mana , tidak akan risau untuk hal-hal lain selain ibadah. Cuma pesan saya bagi yang mempunyai SCI, bolehlah clearkan bladder di bilik hotel terlebih dahulu memudahkan ibadah seterusnya. Boleh pilih travel agent yang menawarkan hotel penginapan yang berhampiran dengan masjid , tak salah membelanjakan duit lebih sedikit untuk memudahkan ibadah kita. Rezeki kita akan lagi berkah untuk beribadah kepada Allah.

Seusai Madinah kami bermiqat dan menuju ke tanah suci Mekah, apa yang ingin saya kongsikan ada sedikit kesukaran sekiranya kita menaiki bas bersama jemaah kerana masing-masing akan berpakaian ihram, agak sukar untuk mengangkat kerusi roda membantu namun alhamdulillah jemaah saya ini sangat ringan tangan untuk membantu menaik dan menurunkan saya sepanjang ibadah ini. kalau mengaharapkan abang kandung saya memang dia tak terlarat juga.

Umrah di Mekah terutama tawaf memang ada disediakan laluan untuk kerusi roda di tingkat atas namun rezeki saya memang niat dari tanah air lagisaya ingin merasa tawaf di hadapan Kaa'bah alhamdulillah Allah kabulkan, menitis air mata ini solat sunat di hadapan kaa'bah setelah selesai mengerjakan tawaf. Ada perkhimatan pembantu untuk memudahkan ibadah cuma perlu sparekan wang untuk bayaran kepada mereka lebih kurang 250 Dirham semasa saya kadarnya adalah berubah-ubah sebenarnya namun kita anggapkan saja ianya sebagai sadaqah , jangan berkira sangat.

Tawaf wida'  dapat juga saya laksanakan di tingkat atas bersama pengguna kerusi roda yang lain memandangkan hari Jumaat dan hujung minggu ramai sungguh jemaah seperti ibadah haji. Apaapun alhamdulillah Allah dapat aku rasakan kedua-dua pengalaman ini untuk aku kongsikan bersama rakan-rakan lain sebagai panduan untuk mereka mengerjakan umrah atau haji kelak.

Sepanjang perjalanan ini ada ziarah yang aku sertai namun kebnyakkan masa aku hanya di dalam bas kerana tak mau menyusahkan jemaah untuk mengangkat naik turun cukuplah aku merasa sampai ke tempat-tempat seperti ladang kurma, majid Quba sempat juga solat sunat di sana alhamdulillah, Gua Thur, Jabal Rahmah, Ladang unta, mudzaliffah, muzium Madinah dan Mekah dulu dan sekarang. Alhamdulillah perjalanan ini tidak sukar mudah dan dipermudahkan Allah jua.

Ayuhlah sahabat mari kita laksanakan ibadah kumpullah dan berusahalah untuk pergi kerana pengalaman ini takkan mampukita dapat dimana-mana. Keindahan ini tak mampu digambarkan dengna kata-kata, kebahagiaannya tak sama dengan mana-mana nikmat lain yang kita pernah rasa.

                                           Image may contain: 2 people, closeup

Ikhlas Dalam Apa Jua Keadaan

Ikhlas dalam apa Jua Keadaan.

Firstly, mohon maaf kerana lama tak update blog all maklumlah rutin tugasan berlambak-lambak sementelah lagi terlalu berlumba-lumba nak buat kerja amal maaruf kebaikan; hujung minggu pun packed tak de yang free semua hari-hari baik Isnin hingga  Jumaat, Sabtu Ahad pun occupied. Tapi takpe asalkan kita happy buat ape yang kita nak buat kan;

So topik hari ini ialah tentang Attitude Barrier; ramai masyarakat  di luar sana...seringkali menganggap kecacatan sesorang individu itulah yang menjadi halangan serta bebanan untuk berinteraksi dengan sosialisai luar atau masyarakat di luar. Namun sebenarnya pandangan ini sebenarnya perlu diperbetulkan...

Kenapa?

Kerana sikap inilah sebenarnya yang menghalang oku itu untuk mendapat hak sama tara merasai nikmat hidup bersama masyarakat luar yang lain , merasai hidup berekreasi seperti orang lain, menikmati pendidikan,  perkhidmatan kesihatan, peluang bekerjaya, berkeluarga, melancong, beribadah dan sebagainya lagi.

Semua merasakan mereka ini tak perlu dan dinafikan peluang serta haknya. Mungkin juga budaya masyarakat kita yang rata-rata merasakan dan memandang oku ini sebagai pandangan orang sakit tidak berkempauan dan tidak jatuh kewajipan kepada mereka untuk keluar daripada zon keselesaan mereka yakni di rumah. Pandangan ini yang hendak kita kikis dan buang daripada kerangka pemikiran  setiap individu di luar sana. Kerana selagi pemikiran ini lekat dan tidak dibuang selagi itulah jua setiap apa jua peluang untuk kesamarataan tidak akan tercapai. selamanya oku akan merasa terpinggir dan menjadi kelas terakhir' dalam strata masyarkat; alangkah ruginya dalam menuju negara maju namun cara fikir serta nilai masyarakat kita masih lagi rendah, tidak punya ihsan maupun empati terhadap golongan minoriti yang berkeperluan. 

Hanya kerana kita tidak diuji dengan kecacatan maupun kekurangan janganlah kita menjadi bangsa yang sombong dan pentingkan diri sendiri. Tidaklah rugi kita bertolak ansur dan mempunyai sifat empati yang tinggi. Ini bukan setakat membantu masyarakat keseluruhannya malah membantu meningkatkan tamadun bangsa dan jati diri masyarakat .

Ini bukan setakat tuntutan keperluan malah digallakkan dalam agama dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. sesungguhnya berbuat baik sesama makhluk itu juga adalah ciri seorang yang taqwa.

Ikhlas lah dalam apa jua keadaan bukan untuk mendapat nama, anugerah ataupun puji-pujian kerana sebaik-baik amal adalah orang yang menghulur bantua dengan tangan  kanan sedang tangan kiri tidak langsung mengetahuinya.











Wednesday 20 July 2016

Ujian Penyuci Hati 

Dalam hidup ini pelbagai ujian yang ditempuhi, bagi SCI tidak terkecuali sementelahan lagi dalam keadaan berkerusi roda dan kondisi para atau tetra kesukaran ujian adalah berlipat kali ganda .

Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk baik dalam kehidupan, ekonomi, sosial dan perhubungan. Ianya datang daripada sudut "external" maupun "internal" seseorang individu.

Dari segi external; body language  rakan sekeliling maupun anggota keluarga amatlah memberikan impak yang besar kepada sesorang individu SCI apatah lagi di fasa awal mengalaminya, perasaan membebankan dan menyusahkan semua orang, emosi juga akan menjadi sangat sensitif walaupun pada pekara-pekara yang kecil.

Dari sudut internal pula sesorang SCI akan merasa sangat rendah diri dalam keadaan yang tidak boleh berjalan dan mungkin ada kekurangan lain dari segi penampilan diri serta kekurangan lain seperti  incontinence dan mungkin juga akan berlaku muscle drop dan pengecutan anggota kaki yang menyebabkan penampilan sudah tidak menarik berbanding semasa sebelum kecederaan tulang belakang (SCI).

Namun dari semua perkara di atas kekuatan spiritual akan membantu mempercepatkan proses penerimaan kendiri (yakni konsep redha). selain itu kekuatan dalaman akan turut disokong oleh sokongan rakan sebaya serta tolerasnsi yang tinggi daripada ahli keluarga, rakan rapat dan masyarakat sekeliling.

Ujian demi ujian, kesukaran demi kesukaran akan memberikan sesorang SCI lebih tabah, cekal dan kuat menghadapi kehidupan. "alah bisa tegal biasa" justeru seorang SCI yang positif akan sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi satu-satu kesukaran yang dihadapi dan sentiasa bersedia dengan jalan-jalan lain sebagai langkah alternatif persediaan sekiranya plan yang pertama tidak berjaya.

SCI yang positif dan mempunyai tahap spiritual yang tinggi akan mampu untuk mengubah keadaan negatif/situasi /ujian yang sukar menjadi satu peluang untuk meraih kejayaan . Hanya orang  yang bermotivasi tinggi akan mencapai tahap ini. bukan setakat untuk kehidupan di dunai tetapi juga untuk kehidupan di hari kemudian. Kerana kebahagiaan itu bukanlah untuk kita memiliki tetapi untuk kita memberi...
"If we could not do great things, at least we do small thing greatly"...




Quotes by: https://www.pinterest.com/explore/inspirational-quotes/

Saturday 25 June 2016

"Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat; tidak pula sama gelap gelita dengan cahaya; tidak pula sama yang teduh dengan yang panas; tidak pula sama orang yang hidup dengan orang yang mati; sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang Dia kehendaki..."
Surah Al Fatir Ayat 19-22


Picture by Me (Ami Moselle) :D

TIPS TO PREVENT PRESSURE SORE AND MAKING SCI  (SPINAL CORD INJURY) A PRODUCTIVE WORKER

Bismillah hirahmanirahim...

Assalam and greetings to all my frens... 

Hari ini saya nak kongsikan sedikit cerita tentang kehidupan seorang pengguna kerusi roda yang disebabkan oleh kecedraan spina (tulang belakang) SCI Spinal Cord Injury; dari aspek kesihatan;

Penjagaan kesihatan amat penting bagi seorang SCI ; kenapa? ini adalah kerana keadaan seorang SCI sangat fragile;

i.duduk di kerusi dalam keadaan yang terlalu lama akan menyebabkan keadaan kaki tergantung dalam tempoh yang lama (dalam keadaan tidak berlunjur), ini boleh mengakibatkan kejadian;- 

a. pressure sore luka tekanan di punggung kerana kulit merengsa duduk terlalu lama; 
b. kekejangan di kaki bagi yang mempunyai spasm;
c. bengkak di bahagian betis dan kaki ;

kerana itulah sorang yang menggunakan kerusi roda khasnya SCi perlukan rehat sekurang-kurangnya baring pada tengahari semasa rehat tengahari dan melakukan 'sitting releif'  dalam beberapa saat untuk mengelakkan preassure sore selain menggunakan kusyen duduk khas seperti rohu cushion;

# Ini adalah perkongsian berdasarkan pengalaman sebenar bagi SCI level T10-L2
penulis merasa terpanggil untuk mwewujudkan satu blog bagi perkongsian SCi yang masih lagi agak baru di Malaysia ....dalam sesi lain in shaa Allah akan berkongsi lagi bagi pekara2 lain yang dikira penting dan boleh dijadikan rujukan bagi SCI yang khasnya masih baru dan masih lagi berusaha untuk mengadaptasi situasi yang baru ; juga sebagai rujukan untuk majikan2 sebagai pemahaman bagaimana untuk persedian pengambilan pekerja bagi SCI adan  pengguna kerusi roda. semoga bermanfaat...



Quotes by: http://www.keepinspiring.me/

Tuesday 21 June 2016

New blog :)

Assalamualaikum  & Hi!

Welcome to my blog I would like to share on how is it like to be a person sitting on a wheelchair, life experiences, Career and working obstacles, families, raising up children, traveling, and other matters related to person with disabilities especially for a person on wheelchair.